Informasi Permainan Video Terkini
MediEvil Kini Siap Dibangunkan Mengesahkan Tarikh Pelancaran Pada 25 Oktober Ini

MediEvil Kini Siap Dibangunkan Mengesahkan Tarikh Pelancaran Pada 25 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 18, 2019 oleh .

Pembangun buat permainan olahan semula MediEvil, Other Ocean Interactive hari ini mengumumkan yang mana permainan tersebut kini sudah pun siap dibangunkan, sekaligus ianya kini sedia untuk dipasarkan dan mengesahkan tarikh pelancarannya yang bakal tiba pada 25 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4.

MediEvil merupakan permainan yang diolahkan semula berdasarkan permainan yang dilancarkan di Playstation 1 beberapa tahun lepas. Kini melalui versi olahan semula ini, Sony menaik-taraf permainan ini dengan visual baharu dicampur dengan sokongan resolusi 4k di konsol Playstation 4 Pro. Medievil memfokuskan watak Sir Daniel Fortesque., dimana beliau merupakan seorang pahlawan wira yang terkorban ketika bertempur. Namun, beliau diberi peluang untuk membalas dendam terhadap ketua musuh ahli sihir Lord Zarok, dimana Sir Dan dihidupkan semula untuk sekali lagi diberi peluang untuk menyelamatkan Kingdom of Gallowmere.

Buat masa ini, harga rasmi dan pra-tempahan masih belum diumumkan buat pasaran Malaysia. Kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN