Rockstar Games hari ini mengumumkan satu aplikasi khas buat pemain di PC iaitu Rockstar Games Launcher yang mana ianya berfungsi seakan aplikasi permainan video seperti Origin ataupun Bethesda Launcher yang mana ianya memberi akses buat pemain untuk membeli permainan video keluaran Rockstar Games disamping bermain permainan tersebut.

Menariknya, bersempena dengan pelancaran ini, Rockstar Games juga menawarkan permainan Grand Theft Auto: San Andreas secara percuma buat mereka yang memuat-turun aplikasi ini. Menurut Rockstar Games, tawaran tersebut hanyalah buat tempoh masa yang terhad, namun tarikh tamatnya tawaran ini tidak dikongsikan.
Semestinya ini adalah satu pengumuman yang menarik, dan berdasarkan permainan yang disenaraikan, setakat ini kelihatan aplikasi ini juga akan menyokong fungsi penyimpanan atas-awan dengan sebilangan permainan oleh mereka seperti Grand Theft Auto V, Bully dan sebagainya.

Menariknya juga, senarai permainan yang ditawarkan adalah di dalam Ringgit Malaysia (RM), sekaligus menyenangkan pemain di Malaysia yang ingin membeli permainan melalui aplikasi ini.
Kami juga percaya pelancaran aplikasi ini juga mungkin persediaan untuk pelancaran Red Dead Redemption 2 untuk PC yang sering diura-urakan sebelum ini. Walaubagaimana pun, kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.
Bagi anda yang ingin memuat-turun aplikasi tersebut, anda boleh ke pautan di bawah. Namun buat masa ini, ianya hanyalah untuk pengguna Windows sahaja.
[download] Muat-Turun: Rockstar Games Launcher [/download]