Informasi Permainan Video Terkini
Minggu Kedua Sesi Beta Call Of Duty: Modern Warfare Akan Menerima Mod “Ground War” 32 Lawan 32 Pemain
PC

Minggu Kedua Sesi Beta Call Of Duty: Modern Warfare Akan Menerima Mod “Ground War” 32 Lawan 32 Pemain

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Seperti yang anda sedia maklum, bermula minggu lepas dan minggu ini, Activision akan mengadakan sesi beta terbuka buat permainan akan datang, Call Of Duty: Modern Warfare di mana minggu lepas, beta tersebut terbuka buat semua pemain di Playstation 4.

Dengan bakal tibanya beta tersebut di platform lain bermula 21 September 2019 ini, Activision mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan mod baharu buat permainan tersebut, iaitu mod Ground War, di mana ianya akan menempatkan 32 pemain lawan 32 pemain.

Semestinya mod ini akan meletakkan nilai pemain sebanyak 64 pemain serentak di dalam satu peta yang luas, sekaligus buat anda pernah bermain siri permainan penembak Battlefield, ini semestinya salah satu mod yang pasti akan menjadi huru-hara dan menarik sekali.

Selain itu, melalui saluran Reddit rasmi permainan tersebut, Activision dan Infinity Ward juga berkongsi sebilangan pernaik-tarafan dan kemaskini permainan yang mereka baiki daripada sesi beta minggu pertama, di mana salah satu kemaskini yang dilakukan adalah menyediakan mini-pertama secara terus buat pemain dan tidak lagi menghilangkannya selepas fungsi UAV dihentikan.

Semestinya bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, pastikan anda log masuk ke platform pilihan anda menjelang hujung minggu ini.

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN