Skip to main content

Niantic Labs hari ini mengumumkan yang mana mereka kini membawa Pokémon dari rantau Unova, iaitu Pokémon generasi ke-5 dari siri Pokémon Black dan White.

Menurut Niantic Labs, Pokémon yang bakal tersebut akan tiba secara berperingkat yang mana ianya akan bermula dengan 3 Pokémon utama untuk generasi ke-5 tersebut seperti Snivy, Tepig dan Oshawott.

Selain itu, Pokémon lain dari rantau Unova seperti Lillipup, Purrloin, Pidove, Blitzle dan sebagainya juga kini tiba di permua tersebut. Kemaskini ini juga akan membenarkan pemain untuk mendapatkan sebilangan Pokémon berdasarkan generasi ke-5 tersbebut melalui telur Pokémon.

Tambahan itu, Niantic Lab juga mengesahkan bahawa bagi negara Asia Pasifik, mereka akan menyertakan Pokémon eksklusif iaitu Pansage yang mana ianya hanya akan di rantau ini sahaja. Niantic Labs juga menyatakan Unova Stone juga kini tiba yang mana ia akan membenarkan bentuk evolusi untuk sesetengah Pokémon.

Pastikan anda mengemaskini permua Pokémon GO dengan kemaskini terkini untuk berpeluang menangkap Pokémon-Pokémon dari rantau Unova ini.

Leave a Reply