Informasi Permainan Video Terkini
To The Moon Buat Konsol Switch Bakal Tiba Awal Tahun Hadapan

To The Moon Buat Konsol Switch Bakal Tiba Awal Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana Freebird Games akan melancarkan permainan To The Moon dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya di mana ia bakal tiba pada 16 Januari 2020 ini.

Seperti anda sedia maklum, permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam sebagai permainan yang dihasilkan melalui RPG Maker. Terkini, melalui pelancaran versi Switch ini, ianya dilaporkan dihasilkan semula dengan enjin permainan Unity.

Versi ini juga dihasilkan semula oleh X.D. Network yang mana mereka juga menghasilkan semua karya-karya permainan tersebut, namun masih mengekalkan elemen retro berkenaannya.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang Januari ini.


TIPS & ULASAN