Informasi Permainan Video Terkini
Gears 5 Mencapai Lebih Dari 3 Juta Pemain – Pencapaian Pelancaran Permainan Tertinggi Oleh Xbox Game Studios
PC

Gears 5 Mencapai Lebih Dari 3 Juta Pemain – Pencapaian Pelancaran Permainan Tertinggi Oleh Xbox Game Studios

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana permainan Gears 5 yang dilancarkan awal bulan ini mencapai lebih dari 3 juta pemain pada awal minggu pelancarannya yang mana ianya meletakkan permainan tersebut sebagai permainan pelancaran tertinggi yang diterbitkan oleh Xbox Game Studios.

Semestinya nilai ini juga adalah bersempena dengan pelancaran permainan tersebut yang mana bukan sahaja tiba di konsol Xbox One, malah di PC melalui langganan Xbox Game Pass dan juga di Steam.

Meskipun begitu, Microsoft tidak berkongsi informasi lanjut berkenaan senarai 3 juta pemain tersebut mengikut peratus bagi pemain yang membelinya secara penuh ataupun melalui langganan Xbox Game Pass.

Namun, menurut Microsoft, minggu pertama pelancaran Gears 5 adalah dua kali ganda dari tahap pencapaian permainan Gears 4 yang dilancarkan 2016 lebih. Microsoft juga menyatakan jumlah pemain Gears 5 sepanjang minggu tersebut juga adalah tertinggi sejak Halo 4 yang dilancarkan 2012 lepas.

Tambahan itu, menariknya sekali studio pembangun tempatan iaitu Lemon Sky Studio juga terlibat dengan pembangunan Gears 5.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, anda juga kini berupaya untuk mendapatkan watak Dave Bautista yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, melalui permainan Gears 5.

Gears 5 sudah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan juga di PC.


TIPS & ULASAN