Skip to main content

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa 3 permainan pertama buat siri Dragon Quest akan dilancarkan di konsol Switch bermula 27 September 2019 ini.

Melaluinya, Square-Enix akan melancarkan Dragon Quest, Dragon Quest II: Luminaries Of The Legendary Line dan Dragon Quest III: The Seeds Of Salvation melalui Nintendo eShop secara digital secara global.

Menariknya, Square-Enix juga mengesahkan versi fizikal juga akan dilancarkan yang mana semestinya ia juga akan mempunyai kandungan sari kata bahasa Inggeris.

Buat masa ini, bagi versi konsol Playstation 4 masih belum disahkan, namun ketiga-tiga permainan tersebut sebelum ini tersenarai di PSN Store beberapa tahun lepas, namun hanya tiba sebagai edisi bahasa Jepun. Dengan pelancaran versi global di Switch, kami percaya ianya mungkin akan tiba di konsol lain kelak.

Leave a Reply