Informasi Permainan Video Terkini
Filem Animasi Berdasarkan Figura Funko POP! Diumumkan Oleh Warner Bros.

Filem Animasi Berdasarkan Figura Funko POP! Diumumkan Oleh Warner Bros.

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Tampaknya, selepas bekerjasama bersama Microsoft untuk melancarkan permua Gears Pop! sebelum ini, Funko POP! kini pula dilaporkan akan menghasilkan filem mereka sendiri berdasarkan figura Funko POP!, dengan kerjasama Warner Bros.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan, namun ianya kelihatan yang mana Warner Bros. Animation Group akan menghasilkan filem animasi berdasarkan figura yang terkenal tersebut yang mana ianya mungkin akan diarah oleh Teddy Newton.

Semestinya ini merupakan pengumuman yang menarik dan dengan kejayaaan LEGO Movie beberapa tahun lepas, kami percaya filem animasi Funko POP! akan membawa sesuatu yang seakan sama dengan pelbagai figura-figura Funko POP! yang dilancarkan sebelum ini.

Kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.


TIPS & ULASAN