Informasi Permainan Video Terkini
Asphalt 9: Legends Versi Switch Bakal Tiba Oktober Ini Secara Percuma

Asphalt 9: Legends Versi Switch Bakal Tiba Oktober Ini Secara Percuma

Diterbitkan pada Sep 17, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Gameloft akan melancarkan permainan perlumbaan Asphalt 9: Legends ke konsol Switch dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut, iaitu 8 Oktober 2019 ini, secara digital dan melalui Nintendo eShop.

Seperti versi permua, Asphalt 9: Legends di konsol Switch boleh dimuat-turun secara percuma yang mana menurut Gameloft, versi Switch ni akan menyertakan beberapa kandungan eksklusif seperti pelekat dan menarik sekali, mod multi-pemain setempat secara pembahagian skrin dan juga secara atas-talian.

Gameloft juga mengesahkan bahawa pemain tidak perlu melanggan Nintendo Switch Online untuk memuat-turun dan bermain secara atas-talian.

Asphalt 9: Legends merupakan permainan perlumbaan yang mana ianya terkenal di peranti telefon pintar dan kini melalui versi Switch, ianya juga akan menyertakan pelbagai litar dan hampir 60 kenderaan yang pemain boleh dapatkan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Nintendo eShop di bawah untuk membuat pra-pendaftaran.

Pra-Daftar Nintendo eShop: Asphalt 9: Legends


TIPS & ULASAN