Informasi Permainan Video Terkini
Apple Memperlihatkan Sebahagian Permainan Yang Bakal Tiba Di Apple Arcade – Akan Dilancarkan Minggu Ini

Apple Memperlihatkan Sebahagian Permainan Yang Bakal Tiba Di Apple Arcade – Akan Dilancarkan Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 16, 2019 oleh .

Awal minggu ini, Apple berkongsi langganan Apple Arcade akan dilancarkan minggu ini, iaitu pada 19 September 2019 ini bermula di iPhone dengan harga RM19.90 sebulan.

Terkini, dengan pelancarannya yang semakin hampir, Apple berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan sebahagian permainan yang bakal tiba buat servis langganan tersebut.

Antara permainan yang dikongsikan, dan sebahagiannya sebelum ini telah pun kami laporkan adalah:

  • Oceanhorn 2: Knights of the Lost Realm oleh Cornfox
  • Towaga: Among Shadows oleh Noodlecake
  • Mosaic oleh Raw Fury
  • Overland oleh Finji
  • Manifold Garden oleh William Chyr
  • Lifeslide oleh Block Zero
  • Where Cards Fall oleh Snowman
  • WHAT THE GOLF oleh Fun Plus
  • ChuChu Rocket! Universe oleh SEGA
  • Cat Quest II oleh Gentlebros
  • The Enchanted World oleh Noodlecake
  • Hot Lava oleh Klei Entertainment
  • EarthNight oleh Cleaversoft
  • Skate City oleh Snowman
  • Jenny LeClue – Detectivu oleh Mografi
  • LEGO Brawls oleh Lego
  • Sayonara: Wild Hearts oleh Annapurna
  • Sonic Racing oleh SEGA
  • Pac-Man Party Royale oleh Bandai Namco
  • Frogger in Toy Town oleh Konami
  • Shinsekai: Into the Depths oleh Capcom
  • Cricket Through the Ages oleh Devolver
  • ShockRods oleh Stainless Games
  • Redout: Space Assault oleh 34BigThings
  • Super Impossible Road oleh Rogue Games Inc

Semestinya permianna yang diperlihatkan kelihatan sangat menarik sekali dan pelbagai genre yang mana pasti akan memberi peluang buat semua jenis pemain bermainnya.

Buat masa ini, kami tidak pasti sama ada kesemua permainan yang tersenarai akan tiba pada hari yang sama dengan pelancaran servis langganan Apple Arcade tersebut.

Namun menurut Apple, mereka menyatakan Apple Arcade akan menyertakan lebih dari 100 permainan di servis mereka, kami percaya sebahagiannya pasti akan tiba pada hari pertama Apple Arcade dilancarkan.


TIPS & ULASAN