Skip to main content

Koei Tecmo dan Gust minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa 3 permainan Atelier yang mana dilancarkan sebelum ini di konsol Playstation 3 sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC.

Menurut Koei Tecmo, pek tersebut akan dilancarkan secara global, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Melalui Atelier Dusk Trilogy Deluxe Pack, Koei Tecmo akan menyertakan 3 permainan yang dilancarkan sebelum ini di konsol Playstation 3 beberapa tahun lepas, yang mana 3 permainan tersebut adalah:

  • Atelier Ayesha: The Alchemist Of Dusk DX
  • Atelier Escha & Logy: Alchemists Of The Dusk Sky DX
  • Atelier Shallie: Alchemists Of The Dusk Sea DX

Selain itu, Koei Tecmo juga mengesahkan bahawa pek ini akan dilancarkan bersama-sama dengan kandungan tambahan, termasuklah segala DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Semestinya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik buat mereka yang meminati siri JRPG Atelier dan dengna tibanya 3 permainan dalam satu pek bersama, semestinya permainan ini akan menyertakan jumlah jam permainan yang sangat tinggi.

Kami pasti akan mengemaskini tarikh pelancarannya setelah Koei Tecmo mengumumkannya secara rasmi.

Leave a Reply