Skip to main content

Melalui laporan Nintendo Life, penerbit permainan Mega Man 11 yang kami ulaskan sebelum ini, iaitu Kazuhiro Tsuchiya menyatakan bahawa Capcom sememangnya kini sedang membangunkan permainan seterusnya buat siri Mega Man.

Menurut beliau lagi, Capcom sememangnya berminat untuk membawa Mega Man 11 yang dilancarkan sebelum ini lebih terbuka buat semua pemain yang mana mereka juga risau berkenaan hasil jualan untuk siri tersebut pada masa akan datang.

Selain itu, beliau juga terbuka untuk membawa siri Mega Man dengan pelbagai permainan sampingan lain. Namun sebarang informasi berkenaannya tidak dikongsikan.

Semestinya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik buat mereka yang meminati siri Mega Man dan sebagai seorang peminat siri tersebut, saya sendiri tidak sabar untuk bermain permainan Mega Man seterusnya.

Leave a Reply