Informasi Permainan Video Terkini
Nioh 2 – Sesi Percubaan Beta Terbuka Bakal Berlangsung November Ini Di Playstation 4

Nioh 2 – Sesi Percubaan Beta Terbuka Bakal Berlangsung November Ini Di Playstation 4

Diterbitkan pada Sep 16, 2019 oleh .

Awal minggu ini, Koei Tecmo berkongsi satu video acah baharu buat permainan aksi Nioh 2 yang mana ianya disahkan bakal tiba awal tahun hadapan di Playstation 4.

Terkini, Koei Tecmo dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan adakan satu sesi percubaan beta buat permainan tersebut bermula 1 hingga 10 November 2019 ini di Playstation 4.

Buat masa ini, Sony dan Koei Tecmo tidak mengumumkan sama ada sesi percubaan ini adalah terbuka buat semua pemain ataupun tidak. Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaan setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN