Seperti anda sedia maklum, filem pertama Iron Man yang ditayangkan pada 2008 lepas menyertakan satu adegan pasca-kredit khas yang memperlihatkan interaksi antara watak Tony Stark dan Nick Fury di mana mereka bercakap berkenaan “Project Avengers”.

Terkini ketika acara Saturn Award yang berlangsung semalam, presiden Marvel Studios iaitu Kevin Feige memperlihatkan adegan pasca-kredit buat filem tersebut yang mana ianya dipotong dan tidak langsung dipertayangkan buat tontonan umum sebelum ini.

Melalui video tersebut, ianya memaparkan adegan yang sama dengan pasca-kredit buat filem Iron Man pertama namun dengan beberapa dialog yang berbeza. Di dalam video tersebut, Nick Fury menyebut “Radioactive Bug Bites” dan “Mutants” yang mana kedua-duanya tersebut sememangnya adalah rujukan untuk adiwira Spider-Man dan juga X-Men. Ini sekaligus membuatkan watak-watak X-Men sebelum ini sememangnya dirancang untuk tiba di dalam MCU.

Semestinya ini merupakan satu perkongsian yang menarik sekali memandangkan sebelum ini, hak milik watak Spider-Man dan X-Men tidak dimiliki oleh Marvel Studios. Namun, dengan perolehan 21st Century Fox oleh Disney, mungkin kelak kita mungkin berupaya untuk melihat watak X-Men menyertai MCU. Namun, perkara yang sama tidak boleh diperkatakan bagi Spider-Man memandangkan beliau mungkin tidak lagi akan berada di dalam MCU setelah isu Disney dan Sony Pictures sebelum ini.

Meskipun begitu, menurut laporan Comicbookmovies juga, adegan pasca-kredit di atas akan disertkan di dalam set kotak “Infinity Saga” yang akan menyertakan kesemua filem MCU setakat ini.

Sohor Kini