Skip to main content

Dengan pelancaran EA Access di Playstation 4 beberapa bulan lepas, EA hari ini mengumumkan bahawa permainan Anthem yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini kini tiba di langganan EA Access buat pemain konsol dan juga di Origin Access Basic buat pemain di PC.

https://twitter.com/OriginInsider/status/1172200333159714816

Seperti anda sedia maklum, permainan Anthem sememangnya mendapat beberapa kritikan ramai akibat permainan tersebut mempunyai pelbagai masalah ketika ianya dilancarkan.

Kini dengan tibanya permainan tersebut di langganan di atas, ianya sememangnya memberi peluang buat pelanggan untuk mencuba permainan tersebut tanpa sebarang kos tambahan bagi edisi biasa buat permainan tersebut.

Sememangnya dengan pengumuman ini, mungkin akan membenarkan lebih banyak pemain untuk mencuba permainan ini yang mana pada pendapat kami sendiri ketika mencubanya beberapa minggu lepas, permainan ini sememangnya tidak mempunyai nilai permainan yang berada di atas-talian yang ramai.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan EA Access dan Origin Access, ianya merupakan servis langganan permainan video yang mana bagi EA Access, ianya dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One dengan harga sekitar RM19 sebulan. Manakala Origin Access pula merupakan langganan khas buat pemain di PC yang mana ianya terbahagi kepada dua peringkat langganan iaitu Basic dan Premier. Bagi peringkat Basic, ianya berharga $6.45(~RM27) sebulan dan Premier pula berharga $19.90(~RM84) sebulan.

Melaluinya EA Acccess dan Origin Acess Basic ianya menyertakan sebilangan permainan video yang pemain boleh bermain tanpa sebarang had seperti siri FIFA, Battlefield dan sebagainya. Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba permainan baharu dengan tempoh masa terhad dan mendapat sebilangan promosi diskaun khas untuk pembelian permainan.

Namun bagi langganan Origin Access Premier pula, pemain berupaya untuk terus bermain permainan terkini oleh EA tanpa sebarang had.

Anthem telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply