Informasi Permainan Video Terkini
Konami Umum Permua Castlevania: Grimoire Of Souls – Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Konami Umum Permua Castlevania: Grimoire Of Souls – Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Sep 14, 2019 oleh .

Sempena acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, Konami mengumumkan mereka akan membawa siri Castlevania ke peranti telefon pintar yang mana Castlevania: Grimoire Of Souls diumumkan secara rasmi bakal tiba di iOS dan juga Android.

Buat masa ini, tarikh pleancaran masih belum diumumkan namun, berdasarkan laman rasmi permainan tersebut mempunyai pilihan bahasa Inggeris, kami percaya ianya akan dilancarkan secara global.

Melalui permainan ini, ianya akan memfokuskan watak Genya Arikado di mana ianya bertempatkan bertahun selepas kekalah Count Dracula dan manusia berada di era keamanan, sehinggalah Genya Arikado menerima satu surat yang menyatakan dunia sekali lagi akan dijajah oleh kegelapan.

Menariknya, permainan ini juga akna menyertakan sebilangan watak-watak dari siri Castlevania yang lain seperti Alucard, Simon dan sebagainya yang mana pemain boleh menggunakan mereka sebagai watak yang boleh dimainkan.

Dari segi aspek bentuk permainan, ianya akan menyertakan bentuk permainan seperti permainan klasik Castlevania dengan bentuk platformer secara 2 dimensi dengan pelbagai jenis bentuk pertempuran dengan pelbagai kemahiran. Menariknya, Konami juga mengumumkan mod Bounty Hunter, iaitu mod multi-pemain yang mana pemain perlu menumpas sebanyak mana musuh yang boleh dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN