Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Dragon Ball Z: Kakarot Bagi Watak Goku Dan Gohan Diperlihatkan Sempena TGS 2019
PC

Bentuk Permainan Dragon Ball Z: Kakarot Bagi Watak Goku Dan Gohan Diperlihatkan Sempena TGS 2019

Diterbitkan pada Sep 14, 2019 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan aksi RPG Dragon Ball Z: Kakarot akan dilancarkan Januari tahun hadapan dan ianya menyertakan penceritaan berdasarkan siri anime Dragon Ball Z.

Terkini, bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, Bandai Namco memperlihatkan video khas buat bentuk permainan tersebut yang mana ianya memaparkan sebilangan bentuk permainan bagi watak Goku dan Gohan.

Seperti yang anda sedia maklum, permainan ini akan memfokuskan bentuk aksi RPG yang mana pemain berupaya untuk mengembara di dalam dunia Dragon Ball Z dalam bentuk dunia terbuka.

Selain dari pelbagai aktivit sampingan yang pemain boleh lakukan, permainan ini juga akan menyertakan penceritaan bermula Gohan masih kecil sehinggalah penceritaan Gohan remaja.

Dari segi bentuk permainan, ianya kelihatan akan menyertakan bentuk pertempuran 3 dimensi seperti permainan perlawanan Dragon Ball sebelum ini iaitu Budokai Tenkaichi dan juga Xenoverse.

Dragon Ball Z: Kakarot bakal tiba pada 17 Januari 2020 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN