Sebelum ini, The Behemoth mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan semula permainan Castle Crashers sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol Playstation 4 dan Switch yang mana kini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu ia bakal tiba pada 17 September 2019.
Menurut pembangun, pemrainan ini akan dilancarkan secara digital melalui PSN Store dan Nintendo eShop dengan harga $14.99(~RM63) dan ianya juga akan menyertakan sebilangan pernambah-baikkan.
Antara pernambah-baikkan yang disertakan adalah bentuk permainan dengan kadar bingkai sesaat sehingga 60FPS, penyertaan segala DLC yang dilancarkan sebelum ini dan juga pernaik-tarafan tekstur model yang lebih menawan.
Menariknya bagi versi Playstation 4, The Behemoth juga menyatakan lampu di alat kawalan Dualshock 4 akan mengikut warna berdasarkan watak yang dipilih oleh pemain ketika pemain bermain permainan tersebut.
Castle Crashers Remastered merupakan permainan multi-pemain yang mana ianya memfokuskan bentuk multi-pemain koperasi bertempur dengan elemen RPG. Ianya sebelum ini dilancarkan di konsol Playstation 3, Xbox 360 dan juga PC yang mana kemudiannya, versi pernambah-baikkan di Xbox One pula dilancarkan pada 2015 lepas.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membelinya menjelang minggu hadapan.