Skip to main content

Seperti anda sedia maklum, SEGA akan melancarkan permainan baharu buat siri Sakura Wars yang mana permainan seterusnya tersebut akan tiba penghujung tahun ini di pasaran Jepun. Namun bagi pasaran global, ianya disahkan bakal dilancarkan tahun hadapan.

Terkini, bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, mereka mengumumkan bahawa siri anime berdasarkan permainan tersebut juga akan mula ditayangkan tahun hadapan dengan nama Shin Sakura Wars The Animation.

Menurut SEGA, anime tersebut akan diarah oleh Manabu Ono, iaitu beliau terkenal dengan siri anime Sword Art Online: Alicization dan studio Sanzigen akan terlibat dengan produksi anime tersebut.

Semestinya ini adalah pengumuman yang menarik terutamanya buat mereka yang tidak sabar untuk bermain permainan ini. Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan.

Leave a Reply