Skip to main content

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, filem seterusnya Suicide Squad akan diarahkan oleh James Gunn, iaitu pengarah buat siri Guardian Of The Galaxy oleh Marvel Studios.

Terkini, James Gunn akhirnya berkongsi barisan pelakon yang bakal tiba buat filem tersebut yang mana ianya terdiri daripada pelbagai pelakon terkenal seperti John Cena, Nathan Fillion dan juga pengarah filem Thor: Ragnarok iaitu Taika Waititi. Selain itu pelakon dari filem Suicide Squad pertama sebelum ini juga bakal kembali seperti Jai Courtney dan Margot Robbie.

Menariknya sekali, menurut James Gunn, beliau memberi amaran yang mana beliau mungkin akan mematikan sebilangan watak-watak tersebut dengan amaran jangan terlalu terikat dengan barisan pelakon tersebut buat filem ini. Semestinya ini merupakan satu amaran yang menarik, terutamanya buat mereka yang meminati siri Suicide Squad.

https://twitter.com/JamesGunn/status/1172598575257346049

Menurut laporan Comicbook, filem ini akan mula sesi rakaman seawal bulan ini yang mana menurut James Gunn, ianya bukan satu olahan semua daripada filem Suicide Squad sebelum ini dibawah arahan David Ayer. Namun menurut James Gunn, ini merupakan filem Suicide Squad yang mana ianya akan mengikut arah dan perspektif James Gunn sendiri.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini dengan sebarang berita lanjut berkenaan filem ini dan bagi anda yang meminati siri Suicide Squad, apa pendapat anda berkenaan Jared Leto tidak akan kembali di dalam filem ini?

Filem The Suicide Squad akan ditayangkan bermula 6 Ogos 2021 ini.

Leave a Reply