Informasi Permainan Video Terkini
Bahagian Kedua Bentuk Permainan Death Stranding Dipertontonkan Di TGS 2019 – Aktiviti Sampingan Bersama Watak Sam Diperlihatkan

Bahagian Kedua Bentuk Permainan Death Stranding Dipertontonkan Di TGS 2019 – Aktiviti Sampingan Bersama Watak Sam Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2019 oleh .

Lanjutan daripada bentuk permainan Death Stranding yang diperlihatkan beberapa hari lepas, hari ini Hideo Kojima sekali lagi mengambil pentas Playstation di acara Tokyo Game Show 2019 yang mana beliau memperlihatkan bentuk permainan bahagian kedua buat permainan tersebut.

Melaluinya, Hideo Kojima berkongsi beberapa aktiviti sampingan yang yang mana pemain boleh lakukan seperti mengubah-suai aksesori pakaian topi, beg dan sebagainya. Selain itu beliau juga memperlihatkan beberapa bentuk animasi dan pergerakan watak Sam Porter Bridges akan lakukan apabila pemain bersamanya di rumah selamat.

Seperti yang diperkatakan di atas, kelengkapan dan senjata-senjata yang akan digunakan oleh pemain juga boleh diperlihatkan melalui rumah selamat tersebut. Pemain juga mempunyai beberapa tetapan pengubahsuaian yang pemain boleh lakukan untuk pakaian dan juga kelengkapan pemain seperti menukar warna beg, menggantung beberapa aksesori dan sebagainya.

Selain itu, pemain juga berupaya untuk mengambil gambar bersama-sama dengan watak Sam dengan pelbagai gaya dan sebagainya.

Sememangnya video tersebut diterang di dalam bahasa Jepun, sekaligus sedikit terhad untuk kefahaman kami bagi kami kongsikan sebarang informasi lanjut. Seperti biasa kami akan kemaskini artikel ini setelah informasi lanjut diterangkan.

[sedang dikemaskini]


TIPS & ULASAN