Bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, Square-Enix dan Sony Interactive Entertainment berkongsi satu persembahan khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk permainan bagi permainan Final Fantasy VII Remake secara langsung.

Melaluinya penerbit permainan tersebut, iaitu Yoshinori Kitase berkongsi sebilangan bentuk permainan disamping memperlihatkan beberapa mini permainan dan aktiviti yang pemain boleh lakukan di dalam permainan tersebut.

Melalui video yang berdurasi 40 minit di atas, perkara pertama yang diperlihatkan adalah mod pertempuran klasik yang mana ianya memberi bentuk yang lebih senang untuk pemain bertempur. Melaluinya, serangan biasa akan dilakukan secara automatik sehingga bar ATB penuh, dan pemain berupaya untuk melakukan serangan berkuasa ataupun kemahiran lain seakan permainan asal Final Fantasy VII.

Meskipun begitu, bagi mereka yang menyukai bentuk permainan beraksi anda masih lagi berupaya untuk bertempur seperti satu permainan aksi seperti biasa.

Tamabahan itu, menu utama untuk tetapan watak, barangan dan sebagainya buat permainan ini akhirnya diperlihatkan yang mana ianya mengekalkan beberapa elemen klasik dengan rekaan paparan antara muka moden.

Selain itu, Square-Enix juga memperlihatkan beberapa mini permainan senaman yang diperlihatkan sebelum ini, yang mana pemain boleh lakukan sebagai satu permainan sampingan mengikut butang yang diperlihatkan di permainan.

Akhir sekali, permainan ini juga memperlihatkan sesi pertempuran bersama ketua musuh Aps yang mana mereka juga memperlihatkan dengan lebih lanjut dari segi aspek panggilan Summons seperti Ifrit dan juga bentuk perlawanan bagi watak Aerith dan Tifa.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan di Playstation 4 pada 3 Mac 2020 kelak.

Sohor Kini