Skip to main content

GMO Internet hari ini mengumumkan yang permainan mudah alih Captain Tsubasa Miracle Shot kini dikeluarkan secara global termasuk juga Malaysia untuk iOS dan Android.

Ia merupakan permainan simulasi bola sepak berdasarkan siri terkenal Captain Tsubasa. Melalui permainan ini anda boleh mendapatkan pelbagai watak untuk dijadikan sebagai pemain melalui ‘free transfer’ yang boleh digunakan sekali sehari, ataupun menggunakan mata wang digital yang diperoleh dengan bermain mod penceritaan.

Selepas mendapat pemain, anda boleh membina pasukan dengna pelbagai formasi. Terdapat pelbagai tetapan untuk membantu pasukan yang bersesuaian dengan kelebihan dimiliki oleh pemain anda.

Semasa bermain, pemain akan bergerak sendiri tetapi pemain dapat memberi arahan dan juga menekan untuk melakukan sepakan istimewa apabila dibolehkan.

[info]App Store: Captain Tsubasa ZERO[/info] [info]Play Store: Captain Tsubasa Zero[/info]

Leave a Reply