Skip to main content

Minggu lepas, Capcom melancarkan pernambahan Monster Hunter World: Iceborne secara rasmi di konsol Playstation 4 dan Xbox One yang mana selang seminggu kemudian, Capcom mengumumkan jumlah edaran permainan tersebut telah pun mencapai sebanyak 2.5 juta salinan secara global.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan teras Monster Hunter World sebelum ini telah pun mencapai jumlah edaran sebanyak 13 juta salinan yang mana ianya adalah permainan terlaris oleh Capcom setakat ini.

Dengan jumlah ini, semestinya permainan ini terus memberi keuntungan buat Capcom dan menariknya sekali, versi PC buat pernambahan ini masih belum dilancarkan dan kami percaya dengan tibanya di Steam kelak, ianya akan terjual dengan lebih tinggi.

Monster Hunter World: Iceborne merupakan pernambahan utama buat permainan Monster Hunter World yang mana buat masa ini ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One. Menurut Capcom, versi PC buat pernambahan tersebut akan tiba sekitar Januari 2020 kelak. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan Iceborne, anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply