Informasi Permainan Video Terkini
The Bradwell Conspiracy – Permainan Pengembaraan Misteri Oleh Bossa Studios Dan A Brave Plan

The Bradwell Conspiracy – Permainan Pengembaraan Misteri Oleh Bossa Studios Dan A Brave Plan

Diterbitkan pada Sep 13, 2019 oleh .

Bossa Studios hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu The Bradwell Conspiracy yang mana ianya adalah satu permainan berbentuk naratif yang memfokuskan bentuk pandangan pertama.

Buat masa ini, ianya disahkan bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga di Apple Arcade. Buat masa ini, dari segi tarikh pelancarannya, ianya disahkan bakal tiba sekitar tahun ini.

Menurut Bossa Studios, permainan ini akan memfokuskan pemain untuk mengembara di dalam muzium Bradwell Stonehenge Museum di mana ianya meletup dan bangunan tersebut runtuh, sekaligus pemain dan pekerja lain bernama Amber perlu bekerjasama untuk menyelematkan diri daripada muzium tersebut.

Namun, menariknya sepanjang permainan tersebut, pemain akan menggunakan satu kaca mata realiti-terimbuh yang ia akan akan digunakan untuk alat berhubungan disamping menyelesaikan misteri yang terdapat di dalam muzium tersebut.

Sememangnya permainan ini memaparkan satu bentuk naratif yang sangat menarik dan kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN