Skip to main content

Akhir tahun lepas, The Game Awards 2018 berlangsung dengan jayanya di mana God of War telah dinobatkan sebagai permainan terbaik. Minggu ini, selaku penerbit acara tersebut Geoff Keighley telah mengumumkan yang The Game Awards 2019 akan berlangsung pada 12 Disember 2019.

Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi dari semasa ke semasa, termasuk juga senarai pencalonan dan beliau juga mengatakan bersempena ulang tahun ke-5 untuk anugerah tersebut, mereka akan membawa sesuatu yang istimewa.

The Game Awards 2018 telah mendapat jumlah tontonan seramai 26 juta penonton. Adakah The Game Awards 2019 berjaya memecahkan rekod tersebut?

Seperti biasa, kami sendiri di Aksiz akan berkongsi jika akan melakukan penstriman langsung untuk acara ini, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply