E3 2019 lepas, Konami mengumumkan permainan seterusnya buat siri Contra iaitu Contra: Rogue Corps akan dilancarkan di konsol dan PC yang mana ianya merupakan permainan penembak beraksi yang memfokuskan bentuk multi-pemain secara koperasi.
Terkini, dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir tidak lama lagi, Konami akhirnya melancarkan demo khas buat pemain untuk mencubanya secara percuma.
Menurut Konami, demo tersebut akan menyertakan mod solo yang mana pemain berupaya untuk bermain sebahagian daripada pemain tersebut disamping mencuba bentuk kawalan penembak permainan tersebut.
Contra: Rogue Corps akan memfokuskan bentuk multi-pemain koperasi sehingga 4 pemain serentak di mana pemain berupaya untuk bekerjasama untuk bertempur dan bermain bentuk penceritaannya. Selain itu, mod multi-pemain bertempur sesama pemain yang dipanggil “Carnage League” juga diumumkan dan bakal disertakan.
Kali ini, permainan ini juga menyertakan 4 watak berbeza iaitu Kaiser, Ms Haraki, Hungry Beast dan Gentlemen di mana keempat-empat watak tersebut mempunyai bentuk kemahiran dan senjata berbeza.
Contra: Rogue Corps dijadualkan untuk dilancarkan pada 24 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox ONne, Switch dan juga PC.
Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turun demo Contra: Rogue Corps mengikut konsol pilihan anda.
[download] Muat-Turun PS4: Contra: Rogue Corps [/download][download] Muat-Turun Xbox One: Contra: Rogue Corps [/download]
[download] Muat-Turun Switch: Contra: Rogue Corps [/download]