Informasi Permainan Video Terkini
Conarium Ditawarkan Secara Percuma Melalui Epic Games Store
PC

Conarium Ditawarkan Secara Percuma Melalui Epic Games Store

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Berakhirnya tawaran The End is Nigh dan Abzu, bermula hari ini, Epic Games Store menawarkan Conarium pula secara percuma sehingga 19 September.

Conorium merupakan permainan pengembaraan seram berdasarkan karya H.P. Lovercraft iaitu At the Mountains. Ia dibangunkan oleh Zoetrope Interactive dan diterbitkan oleh Iceberg Interactive. Ia dikeluarkan pada tahun 2017 untuk PC sebelum dikeluarkan juga untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada tahun lepas.

Manakala untuk permainan seterusnya, Epic Games Store tampaknya berahsia, ia hanya memperlihatkan gambar watak Batman tetapi tidak menyatakan judul permainan. Sama-sama kita nantikan.

Epic Games Store: Conarium


TIPS & ULASAN