Informasi Permainan Video Terkini
Gwent: The Witcher Card Game Versi iOS Akan Tiba Oktober Ini

Gwent: The Witcher Card Game Versi iOS Akan Tiba Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Mengotakan janji mereka untuk mengeluarkan Gwent versi permainan mudah alih, CD Projekt Red akhirnya mengumumkan yang permainan tersebut akan tiba untuk peranti iOS pada 29 Oktober 2019.

Bagi yang tidak mengetahui mengenai Gwent, ia merupakan permainan kad oleh CDPR berdasarkan permainan mini berjudul sama yang disertakan di dalam The Witcher 3.

Jika anda berminat, ia kini dibuka untuk pra-daftar, sebelum dikeluarkan secar rasmi. Ia adalah permainan percuma tetapi mempunyai pembelian di dalam aplikasi.

Seperti diumumkan sebelum ini, mereka juga akan mengeluarkan versi Android tetapi ia akan diumumkan kemudian.

App Store: Gwent The Witcher Card Game


TIPS & ULASAN