Tahun lepas, Liquid Bit mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Killer Queen Black, yang mana ianya adalah berdasarkan permainan arked yang terkenal di Amerika Syarikat.
Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan di mana ia bakal tiba pada 11 Oktober 2019 ini di konsol Switch dan PC melalui Steam. Liquid Bit juga mengumumkan versi Xbox One akan dilancarkan kelak.
Killer Queen Black merupakan permainan pertempuran platformer yang memfokuskan bentuk multi-pemain sehingga 8 pemain serentak di mana pemain akan bertempur antara dua pasukan untuk meraih juara.
Permainan ini asalnya dilancarkan di mesin arked di Amerika Syarikat dan sangat terkenal di kalangan pemain disebabkan bentuk permainan koperasi dan mencabar.
Kini dengan versi konsol, permainan ini juga boleh dimainkan secara atas-talian dan juga menyokong sesi permainan setempat bersama-sama dengan mod solo. Ianya juga disahkan akan mempunyai sokongan rentas platform antara Switch dan Xbox One.
Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang Oktober kelak.