Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Tayangan Siri Netflix The Witcher Tertiris – Bakal Tiba 17 Disember Ini

Tarikh Tayangan Siri Netflix The Witcher Tertiris – Bakal Tiba 17 Disember Ini

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Melalui laporan PC Gamer, Netflix secara tidak sengaja berkongsi tarikh pelancaran buat sebilangan siri Netflix yang bakal tiba sekitar tahun ini di Facebook rasmi mereka.

Antara siri Netflix yang diperlihatkan adalah You, Toon dan sebagainya. Namun, antara yang tersenarai juga adalah siri Netflix berdasarkan permainan The Witcher yang dibintangi oleh Henry Cavill juga kelihatan mungkin akan tiba tahun ini.

Berdasarkan imej diatas, Netflix berkongsi yang mana siri The Witcher akan tiba lagi 97 hari, sekaligus meletakkan pada tarikh 17 Disember 2019 ini.

Meskipun begitu, buat masa ini Netflix masih belum mengumumkannya secara rasmi dan tarikh tersebut juga mungkin akan diubah kelak. Akan tetapi sekurangnya kini kita mungkin berupaya untuk menonton Henry Cavill Beraksi sebagai Geralt lebih awal dari apa yang kita bayangkan.

Julai lepas, Netflix juga berkongsi video acah The Witcher yang mana anda boleh tontonnya di artikel ini.


TIPS & ULASAN