Lanjutan daripada video acah oleh Nintendo yang memperlihatkan set aksesori yang menggunakan alat kawalan JoyCon dengan bentuk senaman sebelum ini, hari ini mereka akhirnya mengumuman secara rasmi yang mana ia adalah satu permainan baharu yang memfokuskan bentuk senaman iaitu Ring Fit Adventure.

Melalui permainan Ring Fit Adventure, ianya akan menyertakan set aksesori Ring-Con dan Leg-Strap yang mana pemain perlu meletakkan alat kawalan JoyCon di aksesori tersebut.

Melaluinya, segala pergerakan yang dilakukan oleh pemain, akan dijejak dan dihubungkan dengan permainan Ring Fit Adventure. Ring-Con memerlukan pemain untuk menekan cecincin tersebut yang mana ianya boleh ditetapkan oleh pemain mengikut tetapan masing masing. Manakala Leg-Strap pula akan diikat di kaki pemain di mana ianya akan menjejak pergerakan kaki pemain.

https://www.youtube.com/watch?v=-Ki-LZ5imwU

Melalui video di atas, Nintendo memperlihatkan bagaimana set aksesori tersebut akan digunakan sebagai satu alat kawalan untuk pemain bermain di samping bersenam. Menariknya, permainan tersebut bukan sahaja mempunyai penceritaannya tersendiri, malah ianya juga akan menyertakan pelbagai mini permainan untuk pemain bersenam dengan mengikut teknik dan langkah-langkah yang disediakan.

Semestinya ini merupakan langkah Nintendo untuk membawa senaman di dalam permainan video seperti mana yang mereka lakukan dengan Wii Fit sebelum ini dan dengan menyertakan elemen pengembaraan dan penceritaannya, semestinya ini merupakan sesuatu yang menarik sekali buat pemain.

Memandangkan ianya memerlukan alat kawalan JoyCon yang perlu dicabut dan disambungkan ke aksesori tersebut, ianya semestinya tidak akan boleh dimainkan di Nintendo Switch Lite yang bakal tiba bulan ini.

Menurut Nintendo, Ring Fit Adventure akan dilancarkan 18 Oktober 2019 ini dengan harga $79.99(~RM334) di mana ianya akan menyertakan permainan Ring Fit Adventure dan 1 set aksesori Ring-Con dan Leg-Strap.

Sohor Kini