Jika anda meminati permainan koperasi dan parti seperti Overcooked, anda mungkin akan menyukai permainan Bake ‘N Switch iaitu permainan koperasi oleh pembangun tempatan Streamline Games.

Di dalam Bake ‘N Switch anda perlu bekerjasama ataupun berlawan dengan pemain lain sehingga 4 orang untuk membakar doh. Namun, doh di dalam permainan ini direka dengan sangat comel, kami tidak pasti apa perasaan untuk membakar mereka.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk PC dan akan dikeluarkan secara akses awal sekitar tahun ini. Jika anda berminat, anda boleh meletak permainan tersebut di dalam senarai hajat di Steam.

Steam: Bake ‘N Switch

Sohor Kini