Informasi Permainan Video Terkini
Amnesia: Collection Untuk Switch Akan Tiba Sekitar Minggu Ini

Amnesia: Collection Untuk Switch Akan Tiba Sekitar Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Amnesia: Collection adalah koleksi permainan Amnesia yang mengandungi Amnesia: The Dark Descent dan Amnesia: A Machine for Pigs. Ia merupakan permainan seram yang menjadi kandungan ramai Youtube suatu ketika dahulu.

Koleksi tersebut telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Hari ini, Frictional Games mengumumkan yang koleksi tersebut akan turut dikeluarkan untuk Switch.

Berdasarkan video pengumuman yang dikongsi, ia sepatutnya telah tiba, tetapi berdasarkan pemeriksaan kami di Nintendo eShop, ia masih tidak tersenarai. Ia mungkin akan tiba sekitar minggu ini.

Bagi anda yang ingin bermain permainan seram di Swith, nantikan permainan ini.


TIPS & ULASAN