Skip to main content

Penglibatan syarikat pembuat cip pemprosesan Intel di acara sukan Olimpik 2020 di Tokyo boleh dikatakan agak besar. Mereka dikatakan bakal hadir dengan beberapa teknologi terbaru yang akan digunakan di acara tersebut, tetapi nampaknya ia tidak berhenti disitu sahaja.

Acara e-sukan mungkin masih belum cukup matang untuk disertakan bersama-sama dengan sukan-sukan lain didalam acara Olimpik, tetapi Intel nampaknya ingin cuba menaikkan martabat aktiviti tersebut dengan mengumumkan acara Intel World Open, iaitu pertandingan e-sukan yang akan membabitkan pemain-pemain dua e-sukan di seluruh dunia.

Acara Intel World Open akan hadir dengan dua permainan popular, iaitu Street Fighter V dan juga Rocket League, dimana pemain-pemain daripada 12 negara di rantau EMEA (Eastern Europe, Middle East, Africa) dan Asia Pasifik akan bertarung untuk membangunkan tujuh pasukan yang akan bertanding dengan Jepun untuk memenangi sebahagian daripada $250,000 untuk setiap permainan.

Pusingan kelayakan awal Intel World Open ini akan dimulakan secara atas talian pada awal 2020, dimana pemenang-pemenang pusingan tersebut akan memasuki pula pusingan kelayakan akhir di Katowice, Poland, dimana tujuh pasukan teratas akan mara ke pusingan akhir di Tokyo.

Leave a Reply