Video Acah Baharu System Shock 3 Memperlihatkan Bentuk Pertempuran

Di CDC beberapa bulan lepas, OtherSide Entertainment telah berkongsi satu video acah untuk permainan terbaru bagi siri System Shock iaitu System Shock 3 di mana mereka mengacah jenis-jenis penjahat yang hadir.

Melalui satu video bentuk permainan baharu, mereka memperlihatkan pula bentuk pertempuran. Ia juga menyertakan dialog oleh penjahat utama permainan ini iaitu SHODAN.

Video tersebut adalah berdasarkan peringkat alfa, dan buat masa ini masih tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan tetapi dijangka sekitar tahun hadapan.

Sohor Kini