Sebelum ini, Netflix dan En Masse Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan taktikal berdasarkan siri Netflix The Dark Crystal: Age Of Resistance yang mula ditayangkan bulan lepas, ke konsol dan PC.

Terkini, En Masse Entertainment akhirnya mempertontonkan video acah baharu buat permainan tersebut yang mana mereka memperlihatkan watak-watak daripada siri Netflix tersebut, dihidupkan semula di dalam dunia permainan ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini dibangunkan oleh BonusXP dan ianya adalah permainan strategi secara turutan berdasarkan siri Netflix dengan nama yang sama.

Melalui video acah baharu kali ini, BonusXP memperlihatkan watak-watak daripada siri tersebut seperti Chamberlain, Skesis dan sebagainya dalam bentuk permainan tersebut.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba lewat tahun ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini