Gungrave G.O.R.E diumumkan pada tahun lepas, di mana mereka berkongsi video acah penceritaan. Selepas itu, tiada maklumat lanjut lain yang dikongsi.

Bersempena dengan Tokyo Game Show 2019, Iggymob telah berkongsi satu video acah baharu yang selain menyertakan video adegan ia juga memperlihatkan bentuk permainan buat pertama kali.

Melalui video tersebut, pemain dapat melihat bagaimana Gungrave menggunkan senjata beliau iaitu Cerberus dan Coffin. Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap diumumkan akan tetapi ia dijangka sekitar tahun ini untuk PlayStation 4.

Sohor Kini