Skip to main content

Shenmue merupakan antara permainan yang mempopularkan genre permainan dunia terbuka, sebagai satu permainan dunia terbuka ia menyertakan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan sepertimana diperlihatkan di dalam video acah sebelum ini.

Selain itu, ia juga harus mempunyai persekitaran yang baik untuk diterokai. Di dalam video acah baharu yang dikongsi bersempana Tokyo Game Show, Ys Net memperlihatkan persekitaran yang pemain boleh lawati.

Berdasarkan video tersebut, ia mempunyai persekitaran yang cantik dengan pelbagai elemen tradisi Jepun disertakan. Shenmue 3 akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.

Leave a Reply