Sejak Yo-Kai Watch pertama yang dikeluarkan pada tahun 2015, siri permainan tersebut telah menjadikan konsol Nintendo sebagai rumah, terutama 3DS.

Melalui satu video acah baharu yang dikongsi oleh Level 5 di Tokyo Game Show 2019, permainan terbaru untuk siri tersebut iaitu Yo-Kai Watch 4 turut diumumkan untuk PlayStation 4. Namun buat masa ini tiada tarikh yang diumumkan.

Yo-Kai Watch 4 sudah dikeluarkan untuk Switch di Jepun pada Jun lepas, ia juga dikatakan akan tiba secara global tetapi tiada tarikh yang dinyatakan.

Sohor Kini