Bulan lepas satu video acah yang hanya diperlihatkan di Gamescom 2019 tetapi tidak untuk khalayak tertiris tetapi dengan kualiti yang tidak baik. Video tersebut kini juga sudah diturunkan.
Hari ini, bersempena Tokyo Games Show, Kojima Production dan PlayStation berkongsi secara rasmi video acah tersebut. Menurut Hideo Kojima, video tersebut akan serba sedikit menerangkan tugas watak utama Sam.
Tambah beliau, ia akan membantu untuk pemain lebih memahami demo permainan berdurasi 50 minit yang akan diperlihatkan pada hari ini. Demo tersebut dijangka akan tiba pada pukul 2 petang hari ini, sebelum itu bolehlah terlebih dahulu tonton video Briefing ini.
Selain itu, Hideo Kojima juga berkongsi rekaan seni baharu untuk permainan tersebut oleh Pablo Uchida.
