Smuggler’s Fortune merupakan kemaskini bulanan percuma untuk permainan Sea of Thieves dan ia kini tiba kepada semua pemain yang memiliki permainan tersebut, ia menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti ganjaran, kosmestik, pengembaraan dan juga haiwan peliharaan.

Perkara utama yang disertakan di dalam kemaskini ini adalah Pirate Emporium iaitu kedai di dalam permainan yang menjual pelbagai aksesori termasuk juga monyet dan burung kakak tua untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Sea of Thieves sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC, ia juga ditawarkan melalui Xbox Game Pass dan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini