Kemaskini: Natsume mengesahkan tarikh pelancaran Harvest Moon Mad Dash bakal dilancarkan 29 Oktober 2019 ini.
Artikel asal: Sebelum ini, Natsume mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan baharu berdasarkan siri Harvest Moon yang mana ianya akan memfokuskan bentuk tekaria berbentuk susun atur blok berwarna.
Terkini, video acah baut permainan tersebut akhirnya dipertontonkan yang mana ianya memaparkan sebahagian daripada bentuk permainan di campur dengan bentuk multi-pemain dan beberapa peringkat permainan.
Semestinya perkara pertama yang kami fikirkan adalah permainan ini sememangnya kelihatan sangat sesuai untuk dilancarkan di peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan bukannya satu permainan konsol utama, memandangkan inaya kelihatan tidak akan memfokuskan bentuk simulasi berkebun seperti permainan Harvest Moon sebelum ini.
Permainan ini juga menyertakan bentuk secara solo dan multi-pemain yang mana pemain perlu menyusun blok-blok “tanaman” untuk menghasilkan kombinasi blok berwarna dan mendapatkan nilai markah tertinggi dengan pelbagai halangan dan cabaran. Ianya juga akan menyertakan sebilangan peringkat permainan dan kuasa Harvest Sprite Powers untuk membantu pemain.
Namun, menurut Natsume sebelum ini, mereka sememangnya ingin menghasilkan permainan yang ringkas buat pemain baharu untuk mula bermain dengan siri Harvest Moon ini.
Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba di konsol Playstation 4 dan Switch sekitar tahun ini.