Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball Z: Kakarot Bakal Tiba Januari 2020 Ini – Menyertakan Penceritaan Buu Saga
PC

Dragon Ball Z: Kakarot Bakal Tiba Januari 2020 Ini – Menyertakan Penceritaan Buu Saga

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

Sempena acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Dragon Ball Z: Kakarot di mana ia bakal tiba pada 17 Januari 2020 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan dengan beberapa edisi seperti edisi terhad, Deluxe dan sebagainya yang mana kami pasti akan mengemaskini setelah Bandai Namco SEA mengumumkan kelak.

Bersempena dengan itu, Bandai Namco juga memperlihatkan satu video acah baharu yang mana ianya akan menyertakan penceritaan Buu Saga dan juga watak Gohan dengan kostum Great Saiyaman.

Dragon Ball Z: Kakarot merupakan permainan aksi RPG berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z yang mana sebelum ini, Bandai Namco juga mengesahkan ia akan menyertakan kandungan penceritaan Cell.

Selain itu, bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga berkongsi sebilangan kandungan bonus buat pembelian awal yang mana mereka akan menyertakan beberapa kandungan seperti misi sampingan, barangan masakan dan juga akses awal untuk berlatih bersama Bonyu, iaitu ahli wanita untuk pasukan Ginyu Force.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah pelbagai informasi lain dikongsikan.


TIPS & ULASAN