Skip to main content

Dengan pelancaran permainan The Legend Of Zelda: Link’s Awakening yang bakal tiba tidak lama lagi, Nintendo hari ini berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan gambaran keseluruhan buat permainan tersebut.

Seperti anda sedia maklum, permainan ini merupakan permainan olahan semula buat The Legend of Zelda: Link’s Awakening di mana asalnya ianya adalah adalah permainan di konsol Game Boy.

Antara kandungan yang diperlihatkan adalah bentuk permainannya yang mana ianya akan mengekalkan konsep permainan seakan permainan klasik The Legend Of Zelda di samping dengan pelbagai jenis bentuk baharu.

Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan beberapa watak yang bakal kembali dengan pelbagai lokasi-lokasi yang menari di kepulauan Koholint. Terdapat lokasi seperti hutan, padang pasir, istana terbiar dan juga perkampungan yang bakal pemain terokai.

Selain itu, Nintendo juga memperlihatkan sebilangan senjata dan kelengkapan yang bakal pemain dapatkan di dalam permainan ini seperti Flipper untuk berenang, Shovel untuk menggali lubang dan sebagainya.

Selain itu, Nintendo juga mengesahkan bahawa Amiibo dari siri The Legend Of Zelda yang lain juga boleh digunakan buat permainan ini yang mana pemain boleh gunakan untuk mendapatkan Chamer Stone untuk digunakan ketika penghasilan pentas “Dungeon” pemain tersendiri. Pemain juga boleh menyimpan Dungeon tersebut di dalam Amiibo tersebut.

The Legend Of Zelda: Link’s Awakening akan tiba secara eksklusif di konsol Switch bermula 20 September 2019 ini.

Leave a Reply