Skip to main content

Di acara The Game Awards 2018, akhir tahun lepas, Annapurna Interactive dan Simogo telah mengumumkan permainan berasakan irama iaitu Sayonara Wild Hearts akan dikeluarkan untuk Switch.

Hari ini, melalui satu video acah baharu, ia turut diumumkan untuk PlayStation 4 dan juga Apple Arcade. Menariknya, ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat iaitu pada 19 September 2019.

Bagi yang berminat dengan permainan irama terutama yang menggunakan muzik pop, permainan ini sudah semestinya untuk anda.

Leave a Reply