Informasi Permainan Video Terkini
Nioh 2 Disahkan Bakal Tiba Awal 2020 – Video Acah Baharu Diperlihatkan

Nioh 2 Disahkan Bakal Tiba Awal 2020 – Video Acah Baharu Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 12, 2019 oleh .

E3 tahun lepas, Koei Tecmo mengumumkan sekuel kepada permainan Nioh yang mana ianya bakal dilancarkan di konsol Playstation 4.

Kini, Koei Tecmo akhirnya mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan awal tahun hadapan melalui video acah baharu juga bersempena dengan acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini.

Melalui video acah tersebut, Koei Tecmo juga memperlihatkan sebahagian bentuk permainan Nioh 2 yang mana ianya kelihatan akan menyertakan pelbagai jenis musuh dengan saiz besar dan kecil yang akan pemain tempuhi dan juga pelbagai watak-watak dari zaman Sengoku.

Menariknya, pada penghujung video acah tersebut, watak seakan watak Okatsu diacah yang mana beliau mungkin akan kembali sebagai salah satu watak penting di dalam permainan ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami juga, watak yang akan pemain mainkan kali ini juga tampaknya mempunyai kuasa untuk bergabung bersama Yokai, iaitu raksasa di dalam dunia permainan ini yang mana pasti membuka bentuk permainan yang lebih meluas.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah Koei Tecmo berkongsikannya kelak.


TIPS & ULASAN