Metronomik dan Sold Out hari ini mempertontonkan video acah baharu buat permainan No Straight Roads bersempena acara Tokyo Game Show 2019 yang berlangsung minggu ini.

Melaluinya, mereka memperlihatkan pelakon suara latar buat versi Jepun yang mana permainan tersebut akan menyertakan pelakon-pelakon suara latar terkenal seperti Jun Fukuyama sebagai Zuke dan Ayane Sakura sebagai Mayday.

Selain itu, melalui video acah tersebut, mereka juga mengumumkan bahawa komposer untuk permainan Final Fantasy XV: Comrades juga akan berkolaborasi bersama mereka, iaitu Masahiro “Godspeed” Aoki untuk sebilangan muzik dan antaranya adalah muzik latar di bahagian akhir video acah di atas.

No Straight Roads merupakan permainan pertama oleh Metronomik iaitu pembangun permainan daripada Malaysia di bawah Wan Hazmer dan Daim Dziauddin yang mana sering kami kongsikan sebelum ini di Aksiz.

Buat masa ini, No Straight Roads disahkan bakal hadir di konsol Playstation 4 dan PC melalui Epic Games Store menjelang awal tahun hadapan.

Sohor Kini