Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pelancaran Romancing SaGa 3 Dan SaGa: Scarlet Grace Ambitions Diumumkan

Tarikh Pelancaran Romancing SaGa 3 Dan SaGa: Scarlet Grace Ambitions Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Pada E3 2019 lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan Romancing SaGa 3 sebagai permainan pernambahan-baikkan dan juga melancarkan semula permainan SaGa Scarlet Grace Ambitions secara global.

Terkini, bersempena minggu Tokyo Game Show 2019 ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat kedua-dua permainan tersebut di mana Romancing SaGa 3 akan dilancarkan pada 11 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch, Playstation Vita dan PC. Menariknya, versi permua juga bakal tiba di Android dan iOS.

Manakala bagi SaGa Scarlet Grace Ambitions pula, ianya akan tiba pada 3 Disember 2019 ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC melalui Steam. Tambahan itu, versi permua juga diumumkan buat Android dan iOS.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Romancing SaGa 3 adalah permainan yang asalnya dilancarkan pada 1995 lepas di mana ianya adalah permainan RPG yang memfokuskan 8 watak yang mana setiap satunya mempunyai motif penceritaan dan personaliti tersendiri.

Melalui versi pernambah-baikkan ini, Square-Enix menjanjikan pelbagai pernaik-tarafan dari segi visual, fungsi New Game+ dan juga kandungan penceritaan baharu.

Manakala SaGa: Scarlet Grace Ambitions pula merupakan permainan yang asalnya dilancarkan buat pasaran Jepun sahaja beberapa tahun lepas. Kini melalui versi global ini, Square-Enix menajnjikan pelbagai kandungan tambahan dari segi visual grafik, pelakon suara latar dan pelbagai betuk penceritaan baharu akan disertakan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membelinya menjelang penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN