Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Akan Hadir Dengan Komik Prekuel Buat Permainan Marvel’s Avengers

Marvel Akan Hadir Dengan Komik Prekuel Buat Permainan Marvel’s Avengers

Diterbitkan pada Sep 11, 2019 oleh .

Tahun 2020 nanti akan terdapat satu permainan video Marvel Avengers dari Square Enix dan Crystal Dynamics. Bersempena dengan permainan video ini, satu komik prekuel yang berkait dengannya akan diterbitkan oleh Marvel. Komik ini berjudul Marvel’s Avengers: Iron Man #1.

Dalam permainan video ini, Iron Man, Captain America, Hulk, Black Widow dan Thor akan bertempur dengan musuh yang digelar sebagai Lethal Legion. Untuk komik ini, Iron Man telah menemui yang musuh mereka telah memperoleh teknologi dari Stark. Tetapi Iron Man dalam komik ini dilema sama ada boleh percaya rakan-rakan beliau atau tidak, kerana sesuatu yang mencurigakan telah berlaku. Buat masa ini tidak jelas lagi berapa siri komik akan dihasilkan. Adakah hanya satu sahaja dan fokus pada Iron Man, atau kelak akan ada lagi siri lain?

Komik ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Jadi, sebelum bermain permainan video Marvel’s Avenger untuk mana-mana konsol kelak – boleh baca komik ini untuk memahami jalan ceritanya.


TIPS & ULASAN